Larutan unggul Larutan

Rajah tekanan wap (p, x) pada campuran benzena/toluena pada suhu 20°C

Apabila tindak balas antara molekul komponen-komponen larutan sama besar dengan interaksi antara molekul komponen-komponen tersebut pada keadaan tulen, terbentuklah suatu tahap keunggulan yang disebut larutan unggul. Larutan unggul mematuhi hukum Raoult, iaitu bahawa tekanan wap pelarut (cecair) berkadaran lurus dengan pecahan mol pelarut dalam larutan. Larutan yang benar-benar unggul tidak wujud secara zahir, namun beberapa larutan memenuhi hukum Raoult sampai had tertentu. Contoh larutan yang dapat dianggap unggul ialah campuran benzena dan toluena.[4]

Ciri lain larutan ungguladalah bahawa isi padunya merupakan penjumlahan tepat isi padu komponen-komponennya. Pada larutan tidak unggul, penjumlahan isi padu bahan terlarut tulen dan pelarut tulen tidaklah sama dengan isi padu larutan.